Janggut Ad

Umpan



Cara Memasang Umpan Katak

Mengikut pengalaman saya memancing haruan. Permulaan yang penting ialah mata kail dan klipnya. Kedudukan mata kali dan klip mestilah dalam keadaan dibawah.
Kedudukan mata kail dan klip

Kemudian klipkan mulut katak tersebut dari bawah mulut tembus ke kepala supaya mulut katak tertutup rapat semasa karauan. Mulut katak yang terbuka menyebabkan renangan katak sumbang. Pastikan juga tiada angin dalam perut katak, jika ada, tekan perut katak untuk keluarkan angin. Pasangkan mata kail pada kaki kanan atau kiri katak. Mata kail yang panjang dan dipasang pada kaki lebih mudah mengenai haruan. Memasang katak pada badan lebih sukar mengenai haruan kerana haruan menyambar dari belakang dan peratusan mengena adalah tinggi jika mata kail lebih panjang. Pastikan kaki katak diluruskan dengan menarik kaki katak tersebut. Katak hidup dan mati boleh digunakan untuk dijadikan umpan. Katak mati lebih cantik berenang dalam air berbanding katak hidup.

Kedudukan pemasangan umpan katak
 Untuk udang galah umpan yang sesuai ialah perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi kerang, adunan dedak campur belacan. Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng). Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam. Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang). Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli), belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang). Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar). Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi). Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik). Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil). Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai). Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam). Keli (cacing, cengkerik, udang sawah). Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi). Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).
Salah satu umpan yang paling digemari oleh pemancing di dunia adalah sotong dan ia boleh digunakan secara seekor atau secara hirisan mahu pun hidup atau yang sudah mati. Bagi saya sotong adalah yang paling saya gemari sekali pabila digunakan sebagai umpan kerana sotong adalah makanan utama ikan di laut. Boleh di kata kesemua ikan di laut memakan sotong.

Cara menyimpan Umpan

Terdapat banyak jenis sotong yang ada di pengairan negara kita dan boleh dikatakan kesemua jenis boleh digunakan dari jenis sotong kurita (octopus), sotong pisang (squid),sotong arus (cuttlefish) dan lain lagi. Bagi penggunaan sotong kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana sotong yang busuk atau rosak tidak akan menarik minat ikan untuk memakannya. Selalulah menggunakan sotong yang segar dan baik.

Cara untuk menyimpan sotong supaya ia akan selalu segar adalah untuk membalut nya dengan kertas beberapa ekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais yang dihancurkan(buried in crushed ice). Tentukan setiap bungkusan hanya terdapat antara 3-5 ekor sahaja. Dengan membuat begini kita akan hanya mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan membazirkan yang lain serta akan masih menyimpan yang lain segar.

Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat menyimpan umpan hidup (life bait well ) maka bolehlah anda menangkap sotong dan menyimpan di dalamnya. Anda perlu menentukan bahawa terdapat air yang mengalir selalu di dalamnya serta minyak tidak masuk ke dalam tempat menyimpan sotong tersebut. Sekiranya anda memancing sewaktu malam adakan lampu di dalam tempat simpan tersebut kerana ini dapat menahan sotong dari mati.

Cara Mencangkuk Umpan Sotong

Sotong Hidup

Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk sotong tersebut, apa yang penting adalah cara kita mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor iaitu :

a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa mengguna umpan sotong hidup kerana sekira kail itu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan sotong. Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 5/0 adalah yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat daripada aloi (alloy) atau "carbon steel" kerana kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah sangat ringan.

b. Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural) serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya "wire leader" digunakan cubalah menggunakan yang paling halus sekali. Bagi saya , "wire leader" yang saya selalu gunakan adalah dari jenis 25 paun hingga 40 paun sahaja. Dan sekiranya saya tidak menggunakan "wire Leader" saya menggunakan "mono leader" antara 30 paun hingga 60 paun dengan kail dari jenis "O'Shaughnessy " yang mempunyai batang (shank) yang panjang.

Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat beberapa cara untuk mencangkuk umpan sotong yang hidup. Pada amnya, sekira kita perhatikan sotong yang hendak digunakan, di atas dekat dengan ekor sotong terdapat satu lubang di antara ekor sotong , masukkan mata kail melalui lubang tersebut dan cangkuk keluar kail tersebut melalui sisi (side) yang sama


Mancing dengan Umpan palsu atau tiruan



Umpan tiruan lebih dikenal dengan sebutan lure, dapat terbuat dari plastik atau bulu binatang. Untuk mengelabuhi ikan, ada berbagai macam bentuk umpan tiruan, antara lain berbentuk ikan kecil dan cumi-cumi. Umpan tiruan ini umumnya berwarna menarik sehingga mudah dilihat ikan karena daya penglihatannya di dalam air cukup tajam.

Kemampuan ikan untuk melihat suatu benda di dalam air tergantung pada aktivitas retina matanya. Pada retina mata ikan terdapat rod dan cone yang mampu menyerap cahaya dengan baik. Oleh sebab itu, pemilihan warna umpan tiruan sangat menentukan keberhasilan memancing di laut.

Umpan tiruan yang berwarna mencolok seperti merah, orange, jingga lebih baik digunakan pada saat perairan air keruh. Sedang umpan tiruan warna perak, hitam, biru atau hijau digunakan jiak air laut jernih. Disamping itu tergantung  juga dari jenis ikan yang menjadi sasaran. Sebagai contoh, untuk menangkap ikan tuna dan cakalang dengan tonda, penggunaan umpan tiruan berwarna merah dan biru ternyata lebih baik daripada umpan berwarna kuning. Pemakaian umpan tiruan lebih banyak digunakan pada teknik menonda (trolling).

Pemasangan umpan tiruan harus menjadi satu dengan mata pancing. Pada satu umpan tiruan kadang-kadang dapat menggunakan lebih dari satu mata pancing. Untuk umpan tiruan yang berbentuk cumi-cumi, posisi mata pancing harus terletak di dalam rumbai-rumbainya. Pemasangan mata pancing tidak boleh terlalu menonjol ke luar. Dengan cara seperti ini, saat umpan dimakan ikan, mata pancingnya pun akan ikut termakan.

Untuk satu buah umpan yang menggunakan dua buah mata pancing, jarak pemasangan mata pancing pertama dan kedua tidak boleh terlalu rapat atau terlalu renggang. Jarak optimumnya kurang lebih sepanjang tinggi mata pancing.





KOLAM AIR TAWAR
Tongsan – Lazminya para pemancing menggunakan kaedah mencampur pandan yang dijual di kedai bahan kek dengan dedak bom asli kemudian disertakan dengan biskut lutut (panggilan yang kerap digunakan oleh para pemancing) atau letakkan sedikit hong.
Rohu – Gunakan biskut merry dicampurkan dengan dedak nescafe dan dedak bom merah jenama ikan koi (sebaiknya guna belender) dan akhir sekali diadun dengan minyak limpa dan dedak pwer paket kecil.
Talapia Merah – Gunakan dedak bom coklat atau merah sahaja.
Haruan – cacing, cengkerik dan tidak kurang juga ada yang menggunakan umpan katak yang dilihatlebih mujarab.
Keli – Sila amalkan cacing atau cengkerik.

LAUT DALAM
Kebanyakan umpan yang digunakan lebih berkisarkan kepada umpan segar dan hidup. termasuk ikan kembung, selar, tamban, tongkol dan sotong hidup. Tidak kurang juga menggunakan umpan diperbuat material tertentu yang boleh diperolehi di pusat pancing.
Lazminya jika anda menggunakan sotong hidup, ikan yang mampu dibawa naik ialah tenggeri, jemuduk, pari, alu-alu, yu dan banyak lagi.





Jenis Jenis Perambut

Perambut adalah kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang telah digunakan ketika waktu memancing. 

Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. 

Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.

Lokasi
Karang, Kapal Karam, berstruktur (Tukun), Gunung lautan. Kawasan berstruktur lazimnya didiami oleh pemangsa yang bersembunyi untuk memburu mangsa, menyambar dan membawanya kedalam sarangnya merupakan gerakan yang selalu menyebelahi pemangsa. Oleh itu teknik pancingan dasar akan digunakan dan terdapat beberapa kaedah yang lazimnya digunakan sekiranya penulis berhadapan dengan lokasi seperti ini. Target seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik).

Image credit to http://myfishingfrenzy.com/ :- Pengunaan Ranggung sungguh efektif diaplikasikan, Lagi panjang leader lg bagus..


Teknik pancingan dasar mengunakan Ranggum. Lazimnya ikan atau sotong hidup digunakan sebagai umpan. Lihat 2 mata digunakan untuk pengunaan teknik cangkukan umpan seperti diatas.

Teknik pancingan dasar dengan pengunaan Batu mati dengan mata tunggal.
Penggunaan batu mati dengan mata berganda, kadangkala dilokasi seperti burma bank, sempadan vietnam, 3,4 mata digunakan sekaligus.
Teknik cepat menyediakan perambut batu mati, dengan ikatan drooper loop.
Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.
Biasanya klau pancingan dilaut ia  boleh dimodified sikit sambungan bahagian main leader ke subeader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya menggunakan swivel. Ini bagi memudahkan subleader mudah berpusing mengikut arah arus laut. Manik tu berfungsi lebih kurang seperti bearing membenarkan pusingan 360

 Swivel digunakan sebagai penyambung sub leader, mudah dan senang ditanggal apabila penukaran sub leader hendak dilakukan.

Selain itu subleader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah. Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.

Contoh Aplikasi perambut mati dengan sambungan subleader mengunakan swivel.

Umpan hirisan ikan digunakan

Umpan sotong digunakan.


Jenis ikan.
Ikan seperti tenggiri, Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa ikan pemangsa yang lain selalu bermain diantara pertengahan dan diatas permukaan air. Sekiranya jenis ikan ini yang dicari elokla menggunakan kaedah drifting jika arus laju atau flooting jika arus kurang laju. dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa atau lebih.

Contoh perambut batu mati dengan teknik pancingan "drifting"

Contoh perambut batu hidup dengan teknik pancingan "drifting"

Teknik cangkukan dan penyediaan leader untuk teknik floting.

Loop pada circle hook membenarkan umpan mengerakkan badanya dengan mudah.

Teknik mengenakan mata pada "live bait" agar bertahan lama.

 Diantara set up yang boleh digunakan untuk teknik apungan dan drifting

 
Penyediaan loop untuk membebaskan mata pancing bergerak.

Circle hook yang telah siap untuk digunakan. lazimnya teknik ini diaplikasikan untuk menangkap ikan layaran.

Perambut dan setup untuk menjerat ikan layaran.

 Dengan pengunaan Cable atau wire, teknik ini digunakan sekiranya pemancing berminat memburu ikan tengiri atau ikan yang mempunyai barisan gigi yang tajam seperti baracuda, shark dll.

Lagi satu contoh perambut bagi menjerat monster.
Perambut steel, batu kana dan spinner digunakan untuk menarik perhatian tengiri dengan kilauan spinner yang memutar ketika karauan dibuat. Sangat berkesan di Tuas dan Kuching Bagi pemburuan tengiri.

contoh perambut steel tanpa spinner, juga digunakan untuk menjerat tengiri.

Contoh lure Bulu itik, digunakan untuk menjerat tengiri dengan teknik Casting. karauan laju akan menyebabkan bulu itik ini berenang menyerupai BILIS.

Waktu Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 50lb - 70lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.


Kejernihan air
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.


Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.


Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.


Kaedah penyediaan perambut Udang

Matakail udang yang ada dipasaran (Gambar cetak dari KPN), gemar akan matakail jenis "e" kerana bukaan yang lebih pada hujung matakail. Selain itu, mata pancing jenis ini juga dapat di upload dengan umpan yang lebih.


Lazimnya perambut dengan mata hidup bersaiz 3,4,5 digunakan untuk menjerat udang galah. perambut ini dilihat praktikal kerana ia mudah digunakan didalam keadaan air yang berarus dan getuan kecil mudah dirasai di hujung pancing.

Penggunaan perambut mata hidup diatas juga telah dimodified dengan penggunaan matakail udang bersaiz 4 dengan ikatan 2 bentuk mata kedalam satu ikatan. Maka 4 bentuk matakail diperlukan untuk setiap satu set perambut batu hidup. Secara logiknya penggunaan set perambut pancing ini dapat memberikan persembahan umpan yang lebih meriah berbanding penggunaan mata tunggal sahaja.


3 ulasan: